TAIPEI – Taiwan mendakwa Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak mengendahkan soalan mengenai permulaan penularan koronavirus yang dikemukakan negara itu berikutan tekanan China untuk menyingkirkan Taiwan daripada pertubuhan antarabangsa itu.

Taiwan dihalang menjadi ahli WHO yang menerima tekanan daripada China, yang melihatnya sebagai sebuah wilayah dan bukannya sebuah negara.

Negara itu memberi maklum balas awal ketika permulaan penularfan koronavirus di China dan berjaya mengehadkan penularan virus itu setakat ini, dengan mencatatkan dua kematian dan 215 kes.

Kerajaan Taiwan pernah menyatakan bahawa dengan meminggirkannya daripada WHO semasa penularan virus itu adalah seperti bermain politik dengan nyawa penduduknya, dan negara itu telah dinafikan akses kepada maklumat daripada sumber asal.

WHO dan China berkata, Taiwan telah disediakan dengan bantuan yang diperlukan, lapor Reuters.

Bercakap kepada pemberita di Taipei, Ketua Pusat Kawalan Penyakit Taiwan, Chou Jih-haw berkata, pihaknya telah menulis surat kepada WHO dan China seawal 31 Disember lalu untuk meminta maklumat mengenai pendedahan penularan virus baharu di Wuhan, temasuk samada terdapat jagkitan antara manusia dengan manusia.

“Kami telah tanya kepada mereka samada terdapat kemungkinan jagkitan daripada manusia kepada manusia. Malah kami tanya mereka dan mengingatkan mereka mengenai perkara ini,” kata Chou. Beliau berkata, WHO mengesahkan ia telah menerima surat itu namun tidak membalasnya.

Menteri Kesihatan, Shih-chung, yang duduk bersebelahan Chou berkata, Taiwan bernasib baik kerana mengambil keputusan pada hari yang sama untuk mula mengimbas penumpang pesawat yang tiba dari Wuhan selain memulakan operasi pusat operasi kecemasan pada pada 2 Januari lalu yang mana para pakar berkata ia merupakan punca negara itu dapat mengawal secara efektif penularan awal virus tersebut.

Walaupun Taiwan menghantar pakar ke China pada Januari lalu, mereka tidak dibenarkan untuk melawat pesakit atau pergi ke pasar di mana virus itu mula merebak, kata Chen. Lawatan yang dilakukan pegawai Taiwan itu menyedarkan mereka bahawa tindakan pantas perlu diambil.

Pada 20 Januari lalu, China mengesahkan bahawa virus itu boleh dipindahkan daripada menusia kepada menusia. Pada 12 Januari WHO berkata, tidak terdapat bukti kukuh virus tersebut boleh dipindahkan daripada menusia kepada menusia.

Pada 31 Disember, dalam kenyataan WHO kepada Reuters, pertubuhan itu tidak memanjangkan secara langsung isu Taiwan tidak diendahkan tetapi berkata, pejabatnya di China telah memaklumkan ‘penyebab radang paru-paru tidak diketahui’.

“Sejak itu hingga sekarang WHO menganggap perkara itu sebagai sangat serius dan memohon perhatian penuh di seluruh organisasi tersebut,” katanya.

Di Beijing, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dikecam berikutan kenyataannya bahawa ia adalah usaha untuk ‘memanipulasi politik’ penularan virus itu dan WHO berurusan dengan Taiwan di bawah prinsip ‘Satu China’

Taiwan juga membuat aduan mengenai WHO yang menyenaraikan kes negara itu di bawah China dengan barkata, ia mengelirukan negara lain yang percaya situasi di Taiwan adalah sama serius dengan China yang merekodkan lebih daripada 80,000 kes. – Agensi