Seorang anggota polis berjalan di hadapan Oriental Pearl Tower, Shanghai yang kosong selepas China mengenakan kawalan ketat susulan wabak Covid-19. foto Agensi

BEIJING – China menyaksikan penurunan kes baru koronavirus semalam, di samping jangkitan kes import turut menyusut.

Setakat semalam, tiada jangkitan dalam domestik dilaporkan termasuk di wilayah Hubei.

Jumlah kes baru berjumlah 47 yang mana kesemuanya adalah dalam kalangan pengembara yang baru pulang ke China.

Angka itu juga merosot daripada 78 kes sehari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.

Kes-kes baru di Beijing, Guangdong dan Fujian juga merosot walaupun jangkitan yang diimport meningkat 19 kes di Shanghai.

Menurunya, kes jangkitan baru bagi penumpang ketibaan antarabangsa dilaporkan di Tianjin, Inner Mongolia, Jiangsu, Sichuan, Jilin, Zhejiang, Shandong dan Shaanxi.

Angka kumulatif kes yang disahkan positif Covid-19 di China berjumlah 81,218 yang mana jangkitan import berjumlah 474 kes.

Sejak tercetuskan wabak ini pada akhir tahun lalu sehingga semalam, China merekodkan 3,281 kes kematian, termasuk empat kes baru sehari sebelumnya. – MalaysiaGazette