Sebahagian penduduk mengambil inisiatif menyumbangkan tudung terpakai untuk kegunaan petugas barisan hadapan Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia di Perumahan Awam Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Meskipun golongan B40 antara yang terjejas pendapatan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun mereka masih sangguh membantu barisan hadapan yang berusaha mengekang penularan Covid-19.

Sehingga kini lebih 100 tudung dikumpulkan penduduk Perumahan Awam Seri Selangor melalui Projek Derma Tudung Terpakai.

Tudang-tudung tersebut akan diserahkan kepada kakitangan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Menurut Ahli Jawatankuasa Persatuan penduduk perumahan itu, Rosli Yeop, 56, ia dilakukan demi membalas jasa dan pengorbanan barisan hadapan kerana sanggup berhadapan dengan risiko tinggi.

Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Penduduk Sri Selangor, Rosli Yeop bercakap kepada media pada program sumbangan tudung terpakai untuk kegunaan petugas barisan hadapan Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia di Perumahan Awam Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 MAC 2020

“Kami mendapat informasi daripada viral-viral untuk menbantu badan-badan atau organisasi mahupun hospital yang memerlukan tudung buat masa ini.

“Jadi kami penduduk mengambil inisiatif mengumpul tudung kepada yang memerlukannya bagi meringkankan pengurangan mereka.

“Setakat ini hanya ini yang kami mampu berikan, kami akan terus memberikan lagi pada masa akan datang jika ada,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sebahagian penduduk mengambil inisiatif menyumbangkan tudung terpakai untuk kegunaan petugas barisan hadapan Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia di Perumahan Awam Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 MAC 2020
Sebahagian penduduk mengambil inisiatif menyumbangkan tudung terpakai untuk kegunaan petugas barisan hadapan Hospital Univerisiti Kebangsaan Malaysia di Perumahan Awam Sri Selangor, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 26 MAC 2020

Semua tudung, tambah beliau, akan disalurkan dengan segera.

Dalam pada itu Rosli berkata, penduduk perumahan itu akan sentiasa mengikuti perkembangan tentang keperluan semasa barisan hadapan bagi membolehkan pihaknya melakukan sumbangan.

“Jika ada lagi kami akan salurkan ke hosptal lain (tempat lain).

“Akan kami salurkan secepat yang mungkin jika ada lagi kami akan uar-uarkan kepada ahli (penduduk yang lain) sekiranya ada lagi yang memerlukan,” ujarnya.

Tudung merupakan antara barangan yang diperlukan ia didapati  mudah disarung dengan pakaian perlindungan. – MalaysiaGazette