Kakitangan KKM menngedarkan penutup muka dan mulut kepada orang awam yang hadir untuk membuat saringan wabak Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 25 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Kabinet semalam (25 Mac) memutuskan agar dua bulan gaji perdana menteri, menteri dan timbalan menteri dipotong dan disalurkan ke dalam Tabung Covid-19.

Keputusan itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini.

Langkah tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Sehingga semalam jumlah sumbangan wang terkumpul termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast