KUALA LUMPUR – Spritzer membekal air mineral secara percuma semua petugas barisan hadapan yang bekerja keras membendung wabak Covid-19,

Spritzer dalam kenyataannya berkata, bekalan air mineral telah pun dihantar ke beberapa buah hospital dan balai-balai polis di seluruh negara dan akan menyambung penghantaran bekalan tersebut ke seluruh liputan lokasi yang terlibat dalam operasi pandemik koronavirus itu.

“Kami amat berterima kasih dan menghargai semua usaha yang diberikan oleh pasukan keselamatan, petugas kesihatan, rakan-rakann media, para penguatkuasa dan lain-lain yang tidak putus-putus bekerja tanpa henti bagi memerangi Covid-19 ini.

 

”Tiada kata-kata yang boleh menghargai segala jasa anda semua. Sumbangan kecil kami ini tidak mampu untuk membalas segala usaha dan pengorbanan besar kepada negara,” kata Spritzer.

Spritzer menambah, sejak Januari lalu pihaknya telah menyumbang kepada barisan hadapan di China ketika negara tersebut diancam Covid-19.

Manakala Februari lalu, Spritzer telah menyumbang kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan membekalkan air minuman untuk pasukan tersebut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.