Hospital Sungai Buloh, Selangor di antara hospital yang menjadi pusat rawatan pesakit Covid-19. - foto HAZROL ZAINAL, 12 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Satu mesyuarat antara kerajaan Malaysia dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah diadakan hari ini dan badan dunia itu memuji langkah Malaysia menangani penularan wabak Covid-19.

“Mereka puas hati dengan apa yang kita ada. Kita gunakan banyak kaedah, pertama adalah PKP, kedua aktiviti mencari pesakit positif, buat ujian dan asingkan serta kita rawat.

“Kita ada kumpulan sasaran kita iaitu tabligh, pendatang tanpa izin, Rohingya, dan sebagainya yang hadir dalam majlis tersebut,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di KKM, hari ini.

Noor Hisham berkata WHO telah diberikan penerangan dan melihat sendiri cara-cara pakar Malaysia dalam merawat pesakit positif Covid-19.

Turut dilihat kesiapsiagaan Malaysia dalam memastikan wabak ini dapat ditangani dengan segera.

Selain daripada itu, KKM turut menjalankan usaha untuk membersihkan kawasan-kawasan yang laporkan berlakunya kes Covid-19.

Ia dijalankan dengan kerjasama rapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.