Petugas yang merawat pesakit Covid-19 melakukan kerja harian ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Satu lagi kematian direkodkan akibat pandemik Covid-19. Kali ini melibatkan rakyat tempatan berusia 35 tahun yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur jam 9.30 malam tadi.

Mangsa yang merupakan kes ke-1056 mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan ini dan dimasukkan ke HKL pada 18 Mac lalu selepas lima hari hari bergejala.

“Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

“KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook hari ini. – MalaysiaGazette