Penduduk, Mohalim Isman (dua kiri) ditemani isteri, Jahenab Maryani (kiri) dan anak, Nurafifi Athirah Mohalim (dua kanan) serta menantu, Khairul Hazwan Jasni mengikuti pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi, Prihatin Rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 27 MAC 2020

KUALA LUMPUR- Program Subsidi Upah akan diperkenalkan untuk membantu majikan mengekalkan pekerja yang mana kerajaan akan membayar upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program tersebut dikhususkan kepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 dan majikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50 peratus sejak 1 Januari lalu.

“Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.

“Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukan sebanyak RM5.9 bilion,” katanya semasa menyampaikan perutusan khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) hari ini.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung kontraktor yang terlibat dalam perkhidmatan pembersihan dan bekalan bermasak di sekolah, institusi pengajian tinggi awam, institusi latihan awam serta agensi-agensi lain kerajaan termasuk badan berkanun sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Muhyiddin, lebih 80,000 pekerja akan menerima manfaat daripada inisiatif yang melibatkan peruntukan sebanyak RM110 juta.

Kerajaan juga katanya, bersetuju untuk memanjangkan tempoh kontrak perkhidmatan yang berkenaan selama sebulan sebagai trade-off dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dlm waktu negara di landa musibah dn pndapatan kerajaan terjejas,namun kerajaan PN TIDAK benarkan pekerja di buang malah di berikan inisiatif.. PHancing adg waktu negara masih punyai aset dan tidak sempat merasa musibah virus,byk pekerja di buang dan aset di gadai..namun kemana semua duitnya?
    Terbaik Perikatan Nasional

  2. Assalamualaikum saya mahu bertanya saya d kasi cuti dar8 1 Mac lagi majikan tidak mahu membayar gaji adalah saya layak menerima bantuan dari kerajaan

Comments are closed.