Gambar hiasan. foto Agensi

TOKYO – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini selepas pemimpin-pemimpin dunia melakukan suntikan dana untuk mengehadkan kejatuhan ekonomi akibat pandemik koronavirus.

Selepas susut selama empat minggu, minyak mentah Brent naik sebanyak AS$0.50 atau 2% kepada AS$26.84 setong.

Minyak mentah Amerika Syarikat naik AS$0.60 kepada AS$23.20, menghampiri keuntungan mingguan kira-kira 3%,

Kedua-dua penanda aras harga minyak mentah itu merudum kira-kira 60% tahun ini. – MalaysiaGazette