Robert Levinson

TEHRAN – Iran menafikan dakwaan yang dibuat oleh keluarga ejen FBI Robert Levinson telah meninggal dunia dalam tahanan di sini.

Sebaliknya, katanya, Robert sudah meninggalkan negara ini beberapa tahun lalu.

Iran berkata, negara itu tidak mempunyai maklumat apa yang sebenarnya berlaku terhadap Robert.

Isteri Levinson pula mempertahankan bahawa suaminya hilang di Pulau Kish pada tahun 2007, semasa bekerja sebagai penyiasat persendirian.

Dalam satu kenyataan pada hari Rabu, keluarga Robert berkata, mereka baru-baru ini menerima maklumat daripada seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) yang membawa kepada kesimpulan.

“Sukar untuk menggambarkan kesedihan kami ketika ini.

“Sekiranya bukan untuk tindakan kejam rejim Iran, Robert Levinson akan hidup dan pulang bersama kami hari ini,” ,” kata keluarga Robert.

Iran turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat dahulu dengan menyatakan pihaknya tidak menemui apa-apa petanda Robert masih hidup.

AS mengesyaki Robert diculik oleh pasukan perisikan Iran untuk digunakan sebagai tebusan urusan dengan Washington. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast