Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Prihatian Nasional pada 27 Mac 2020 untuk rakuat Malaysia yang menghadapi penularan Covid-19.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memastikan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion itu tidak akan membebankan kewangannya dalam jangka masa sederhana.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hampir semua inisiatif yang diumumkan dalam Prihatin adalah secara one-off.

“Pakej Pihatin ini merupakan manifestasi kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan akan membuat suntikan fiskal langsung berjumlah RM25 bilion untuk membantu mengurangkan beban rakyat dan pemilik perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi yang sukar ini.

“Strategi dan langkah yang akan dilaksanakan adalah berdasarkan kepada keupayaan fiskal semasa dan ketersediaan mudah tunai pasaran kewangan domestik yang mencukupi,” katanya semasa mengumumkan pakej tersebut hari ini.

Menurut Muhyiddin, kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskal mempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman bagi membiayai perbelanjaan operasi.

Tambahnya, selain mengumumkan potongan gaji barisan Kabinet selama dua bulan untuk disalurkan ke dalam Tabung COVID-19, Perdana Menteri turut mengarahkan supaya semua kementerian mengkaji semula belanjawan masing-masing untuk mencari penjimatan agar dapat digunakan untuk menampung langkah-langkah jangka sederhana bagi menangani penularan wabak COVID-1I.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan melalui unit Laksana telah diarahkan untuk memastikan pakej Prihatin ini sampai kepada rakyat dengan cepat, tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast