KUALA LUMPUR – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyambut baik keprihatinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menyantuni semua golongan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan sebentar tadi.
Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Sakom turut mengucapkan terima kasih kerana Perdana Menteri dengan izin Allah telah menukar musibah kepada tuah.
“Inilah hikmah kurniaan-Nya jika seluruh ummah menurut perintah yang digariskan Ulil Amrinya.
“Setinggi-tinggi syabas dan tahniah juga YBK ucapkan kepada semua pasukan Perdana Menteri yang telah meneliti dan menekuni perincian pakej yang dibentangkan bagi manfaat kepada rakyat seluruh negara ini.
“Secara keseluruhan, YBK melihat pakej yang dikemukakan bukanlah pakej populis, sebaliknya pakej untuk rakyat mendepani kesulitan ekonomi iaitu kos sara hidup tidak menentu termasuk bencana wabak Covid-19 yang belum berpenghujung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Zainal Abidin, golongan miskin termasuk berpendapatan rendah (B40), pesara, bujang serta miskin mutlak dengan anggaran 5.1 juta keluarga dan tiga juta orang bujang yang tertekan dengan kos sara hidup serta situasi semasa dijangka dapat menarik nafas lega dengan pengumuman itu.
Pada masa sama, katanya, kerajaan telah membantu golongan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang tergugat pendapatannya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Jelas beliau, sumbangan PKS kepada ekonomi negara akan menjadi lebih signifikan bukan hanya sebagai pendorong, tetapi pemacu utama pertumbuhan ekonomi jika kebajikan mereka terus terjaga.
“Ini adalah hasil pemikiran pemimpin kental berjiwa rakyat demi memastikan peniaga kecil seperti makcik Kiah akan tersenyum riang dengan segala yang bakal diperolehinya, di samping rasa bersyukur kerana kerajaan prihatin mengubah musibah kepada hikmah.
“Di samping itu, YBK akan terus menyokong aspirasi kerajaan menyantuni golongan kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan dalam menjalani PKP yang dilanjutkan sehingga 14 April ini dengan menghulurkan bantuan makanan asasi kepada 500 keluarga untuk fasa pertama di Selangor, manakala fasa kedua sedang diatur bagi memastikan tiada keluarga tercicir.
“Tujuh daerah iaitu Hulu Selangor, Kuala Selangor, Hulu Langat, Kuala Langat, Gombak, Klang dan Petaling Jaya telah dikenalpasti penerimanya berdasarkan rekod penerima sumbangan Sinar Kasih Ramadan YBK serta perkongsian maklumat dari orang awam melalui laman Facebook yayasan ini,” katanya.
Beliau berkata, YBK juga terus menyumbang bakti menyokong usaha petugas frontliner dengan menyampaikan sumbangan bersesuaian dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.
Ujarnya, dengan tekad semangat mendaki yang ditanam dalam jiwa seluruh warga kerja, YBK sentiasa sedia memikul tanggungjawab jika diperlukan. – MalaysiaGazette

















Mencontohi RM10 kepada mereka berpendapatan lebih daripada RM4000,apalah sangat dengan RM10 mungkin tak bawa banyak makna.Tetapi kepada warga Malaysia yang berpendapatan kurang daripada RM4000,RM10 boleh beli berberapa barang keperluan.Jadi,tujuan kerajaan membuat rangsangan bajet fasa ke2 semasa pademik covid19 dengan mempelbagaikan sasaran penerima dengan majoriti terhadap golongan miskin,miskin tegar,B40,pesara,berpendapatan kurang RM4000,penganggut,pelajar ipta dan ipts mengalakkan aktiviti ekonomi secara mikro.M1@Money in Circulation ataupun edaran ataupun pusingan wang tunai menjadi proaktif merancakkan sektor runcitan dengan cara tindak langsung membantu kerajaan didalam mitigasi pengucupan sektor sektor ekonomi lainnya yang mengalami kekejangan perniagaan.Jalan yang di ambil adalah jalan yang betul yang boleh memberi impak positif jangka pendek dan jangka sederhana kepada rakyat secara umumnya di dalam menangani kesan covid19 terhadap ekonomi domestik negara.
Secara amnya , secara khususnya bila berbelanja jgn lupa BMF, antara kita yang paling terkesan.