Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu, terdapat beberapa kes penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sesetengah kes disebabkan oleh sekatan PKP, tetapi ada juga yang disebabkan oleh larangan perjalanan negara bagi destinasi ke negara, kata Malaysia Airports Holdings Berhad.

Kes-kes ini kebanyakannya termasuk dalam kategori berikut:

1) Penumpang transit yang menyambung penerbangan ke negara lain telah dibatalkan; atau

2) Penumpang asing yang telah meninggalkan Malaysia semasa PKP tetapi telah dinafikan di negara-negara destinasi dan dihantar kembali ke KLIA.

Dalam kes-kes begini, Malaysia Airports akan menyusun butir-butir mereka dan mengemukakannya kepada Wisma Putra dan kedutaan masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Semasa berada di lapangan terbang, komuniti lapangan terbang termasuk syarikat penerbangan secara kolektif akan menjaga penumpang.

Syarikat penerbangan akan menyediakan makanan dan penumpang terkandas ini mempunyai pilihan untuk mendaftar masuk ke kemudahan hotel transit yang terletak di kawasan luar seperti Sama Sama Express KLIA.

Operasi Sama Sama Express klia2 sedang ditutup untuk operasi.

Walau bagaimanapun, Hotel Capsule membenarkan penumpang terkandas menggunakan kemudahan mereka secara percuma, kata Malaysia Airports.

”Ini adalah tempoh yang mencabar untuk pelancong kerana ketidakpastian penerbangan ke pelbagai destinasi memandangkan banyak syarikat penerbangan menghentikan perkhidmatan.

”Keutamaan global adalah keselamatan dan membanteras penyebaran Covid-19 dan untuk daripada terkandas di lapangan terbang, kami ingin mengingatkan semua penumpang memeriksa sama ada mereka dapat memasuki negara tujuan masing-masing sebelum membeli tiket penerbangan.

”Ia juga penting untuk memeriksa dengan syarikat penerbangan masing-masing mengenai ketersediaan penerbangan yang menghubungkannya dan mengesahkan masa penerbangan kerana keadaannya sangat tidak menentu dan mungkin terdapat perubahan atau pembatalan penerbangan,” ujarnya. – MalaysiaGazette