illegal logging Lake Kenyir debris flow landslide Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu MB
Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Menteri Besar dan semua anggota Exco Kerajaan Terengganu memotong separuh bulan gaji untuk Tabung Bantuan Covid-19.

Pemotongan selama dua bulan itu akan diisi dalam Tabung Covid-19 Terengganu yang turut dibuka kepada pelbagai pihak untuk menderma.

Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika melancarkan tabung itu berkata, sebagai sumbangan permulaan, beliau bersama anggota Exconya akan membuat pemotongan 50 peratus dari dua bulan gaji untuk dimasukkan dalam tabung itu.

“Tabung ini turut dibuka kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak pandemik ini di Terengganu,” kata Menteri Besar itu dalam kenyataannya kepada media, hari ini.

Menurut Dr. Ahmad Samsuri, inisiatif itu diambil dengan menyedari tempoh Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan memberi impak lebih besar kepada sosio-ekonomi rakyat negeri itu.

Beliau merayu dan berbesar hati supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan bagi menunjukkan semangat kesatuan dan kecaknaan bersama.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 13017010034566 atas nama Tetuan Akauntan Negeri Terengganu.

“Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan mengikut tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebarang persoalan boleh hubungi Sekretariat Tabung Darul Iman di talian 09-6233535 atau layari http://stdi.terengganu.gov.my. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast