KUALA LUMPUR – Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) menawarkan penangguhan bayaran pinjaman dan pembiayaan selama enam bulan kepada para pelanggan yang depan dengan kesukaran akibat pandemik Covid-19.

Penangguhan itu adalah bagi sektor-sektor utama negara termasuk infrastruktur, minyak dan gas serta pelancongan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Arshad Mohamed Ismaik berkata, langkah ini selaras dengan langkah-langkah yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada 24 Mac lalu.

”Moratorium ini terpakai kepada pelanggan BPMB sedia ada yang menghadapi masalah akibat kesan Covid-19.

”Penangguhan ini melibatkan faedah/keuntungan tidak akan dikompaun selama enam bulan. Bayaran ansuran/pembayaran balik pinjaman / pembiayaan (prinsipal dan faedah / keuntungan) akan ditanggung oleh pelanggan apabila tamat tempoh moratorium.

”Pelanggan BPMB yang terjejas oleh wabak Covid-19 digalakkan untuk menghubungi Pengurus Perhubungan untuk membincangkan kebimbangan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette