MIT

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan proses alternatif bagi membantu syarikat-syarikat Malaysia mendapatkan pengesahan Sijil Tempasal (Certificate of Origin-CO) di bawah skim-skim Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) (selain Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) eForm D) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula 30 Mac hingga 14 April 2020.

Ini berikutan penutupan sementara Kaunter Perkhidmatan MITI di Menara MITI serta di pejabat-pejabat MITI Wilayah bagi urusan pengesahan CO.

Langkah yang diambil ini penting bagi memastikan urusan eksport dan import ke negara-negara FTA dan Generalised System of Preferences (GSP) dapat diteruskan dengan lancar, kata MITI dalam kenyataannya.

Bagi mematuhi arahan PKP, pengesahan CO akan dibuat secara back-office di Menara MITI dan MITI Wilayah kecuali MITI Melaka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan mengikut jadual seperti berikut: