Pengerusi IRAMA, Ayob Abd Majid.

KUALA LUMPUR – Muzika Malaysia dan Konsortium Irama (IRAMA) merayu sumbangan segera dari rakan artis dan masyarakat awam yang prihatin bagi mengisi Tabung Bantuan Kecemasan Kemalangan Rakan Artis.

Tabung ini bertujuan membantu rakan artis yang hilang punca pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ditimpa pula musibah kemalangan.

Pengerusi IRAMA, Ayob Abd Majid, penyata pendapatan dan perbelanjaan sumbangan itu akan dipaparkan di laman web Muzika Malaysia iaitu muzikamalaysia.com.

“Penyumbang boleh memilih samada untuk nama mereka dipaparkan atau dirahsiakan di laman web tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Semua sumbangan mestilah dibuat secara online terus ke nama KONGRES MUZIKA MALAYSIA di CIMB BANK BERHAD dan nombor akauannya 8010-37-9060.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Kenapa perlu ditubuhkan tabung khas utk artis bkn kah artis2 ni ada persatuan, seharusnya lah persatuan tersebut yg mengambil cakna mslh artis bkn pihak kerajaan..kerajaan perlu utamakan rakyat yg lebih memerlukan pertolongan dr segi kewangan dan sokongan moral dlm mengharungi detik2 seperti ini seharusnyalah para artis yg berkemampuan dan kaya membantu kerajaan dlm hal2 sebegini bkn nk mengharapkan kerajaan shj yg membantu mereka..

Comments are closed.