Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga lagi kematian akibat pandemik Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan 37 kematian setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kematian terbaharu melibatkan kes ke-1,941 seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun yang dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020.

Beliau meninggal dunia hari ini 30 Mac 2020 jam 8.10 pagi.

Sementara itu, seorang lagi yang meninggal dunia adalah wanita tempatan berumur 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi serta penyakit autoimun.

Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia hari ini (30 Mac 2020) jam 9.02 pagi.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette

 

 

2 Komen

  1. Kalau dapat maintain plateau macam nombor ni untuk bulan2 mendatang pun dah dikira OK!

    Kalau dah jadi macam US, China, Italy, Spain atau macam negara2 Eropah yang lain dah dikira nazak, tak terkawal?

    Perketatkan lagi sekatan! Rumuskan strategi baru!

Comments are closed.