Dari kiri, YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Low Kian Chuan, Pengerusi Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) dan Goh Chee Yew, Presiden Malaysian Timber Association (MTA).

KUALA LUMPUR – Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi (MPIC) hari ini menerima RM895,550 daripada Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) melalui  Dana Bantuan Kemanusiaan Covid-19 untuk membantu meringankan beban kerajaan memerangi pandemik berkenaan.

Sehingga hari ini, dana yang merupakan hasil kerjasama tujuh persatuan dan lebih 100 syarikat perkayuan itu boleh digunakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membeli peralatan perubatan dan memberi bantuan kepada golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

MTC sebelum itu menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta.

“Sumbangan ini akan disalurkan untuk membekalkan keperluan KKM, badan-badan barisan hadapan yang memerlukan untuk memerangi gejala Covid-19 dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk disampaikan terus kepada rakyat yang sedang kesusahan kerana PKP,” kata kementerian itu menerusi kenyataan hari ini.

Menteri Perusahaan Peladangandan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali menerima sumbangan itu daripada Pengerusi MTC, Datuk Low Kian Chuan di Sungai Tong, Terengganu hari ini.

Turut hadir ke majlis ini adalah Encik Goh Chee Yew, Presiden Persatuan Kayu Malaysia yang juga Presiden Persatuan Perindustrian Kayu-Kayan Malaysia.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

MTC sasar kutipan RM1 juta bantu barisan hadapan