Keadaan sebuah pesawat Lionair yang meletup di Manila malam tadi. foto ABC

MANILA – Sebuah pesawat yang membawa seorang pesakit  meletup semasa hendak belepas di bandar ini semalam, mengorbankan lapan penumpang dan anak kapal.

Mereka yang terbunuh termasuk warga Amerika Syarikat dan Kanada.

Pesawat sewa itu dimiliki Lionair itu hendak berlepas ke Haneda, Jepun tetapi meletup ketika tiba di akhir runaway pada jam 8 malam (1200GMT) di Lapangan Terbang Manila.

Syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air berkata, pesawat yang meletup itu tiada kaitan dengannya.

Semasa kejadian, pesawat enjin berkembar West Wind 24 itu sedang membawa tiga kakitangan perubatan dan tiga anak kapal, seorang pesakit dan pengiringnya, Richard Gordon dan Ketua Bulan Sabit Merah Filipina.

“Malangnya, tiada penumpang yang terselamat, kata pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila.

Siasatan sedang dijalankan.

Susulan kejadian itu landasan lapangan terbang berkenaan ditutup dan semua penerbangan masuk dialihkan ke Lapangan Terbang Clark. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast