Datuk Seri Salahuddin Ayub foto HAZROL ZAINAL, 28 JANUARI 2020.

KUALA LUMPUR – Peruntukan insentif sebanyak RM100 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu didakwa tidak jelas dan tidak mencukupi untuk pemain Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS).

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pemain PKS tidak seharusnya dilupakan kerana mereka  juga perlu menjaga kebajikan pekerja masing-masing.

“Walaupun RM100 bilion diperuntukkan kepada sektor perniagaan dan ini termasuk PKS, saya telah menerima pelbagai rungutan daripada kalangan pemain industri PKS yang mengatakan bahawa insentif bagi mereka adalah tidak jelas dan tidak mencukupi.

“Ramai di kalangan mereka yang mengeluh terpaksa membayar gaji pekerja, mencarum kepada KWSP serta membayar sewa premis perniagaan dengan keadaan tiada pendapatan yang masuk sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Timbalan Presiden Parti Smanah Negara (Amanah) itu meminta Perdana Menteri mengumpul dan meneliti rungutan pemain PKS dan mencari penyelesaian bagaimana pakej rangsangan ekonomi itu boleh ditambah baik.

Sebagai contoh, ujarnya, saiz minimum pinjaman yang layak dijamin tidak seharusnya RM20 juta bagi setiap perniagaan.

“Setiap perniagaan seharusnya diberikan lebih banyak kemudahan untuk mendapatkan pinjaman. Ini sekaligus akan memastikan majikan tidak perlu membuang pekerja bagi mengurangkan kos.

“Rungutan dan rintihan pemain industri PKS harus diberikan perhatian kerana banyak perusahaan yang mungkin terpaksa ‘tutup kedai’ jika mereka tidak menerima bantuan yang sewajarnya.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Saya rasa geli geleman dan rasa nak termuntah pun ada. Satu ketika tidak lama dulu dikatakan Malaysia ni sampai dah nak muflis, hari ini pula Gomen baru boleh buat silap mata menghulur duit free RM250B pada rakyat. Dan YB Salahudin dari Gomen dulu cakap sekarang RM100B untuk PKS tak mencukupi. Negara2 diseluruh dunia melancarkan “Pakej Rangsangan Ekonomi” tetapi diMalaysia ni kerajaan memberi ” pakej sedekah” dan sikit hari lagi nanti jadi “bail-out package” untuk PKS serta Proton, MAS, KTMB, POS. Yang nak termuntah tu pasal orang Malaysia tak habis2 dengan sikap meminta2 macam minta sedekah. Klau sudah berniaga tu mesti ada pasang surut sampai ketahap menyembah bumi pun ada. Bisnis katakan! ( Dulu saya biasa tidak dapat order selama 1 tahun tetapi duit reserve dalam bank ada lebih kurang RM1 juta untuk gaji,api,air,sewa dan selebihnya berunding dengan banklah!)

Comments are closed.