Prof. Dr. M. Iqbal Saripan

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) memutuskan untuk menangguhkan semua aktiviti akademik termasuk kuliah maya sepanjang tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. M. Iqbal Saripan berkata, penangguhan itu berkuatkuasa sehingga tamat tempoh PKP 14 April ini.

“Susulan PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan dilanjutkan sehingga 14 April ini, semua warga UPM diminta mematuhi peraturan bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 di negeri ini dapat diberikan.

“Sebagaimana dinyatakan dalam surat saya bertarikh 17 Mac 2020, UPM mengambil keputusan untuk menangguhkan semua aktiviti akademik termasuk kuliah maya sepanjang tempoh pkp tersebut,” katanya menerusi ciapan Twitternya hari ini.

Serentak itu, katanya, Mesyuarat Khas Senat UPM akan diadakan pada 2 April ini bagi membincangkan penangguhan aktiviti akademik. – MalaysiaGazette