Julie Alliot

BRUSSELS – Gadis berusia 12 tahun dari Belgium yang disahkan positif Covid-19 muncul sebagai mangsa termuda Eropah meninggal dunia akibat pandemik itu.

Kematian Julie Alliot pada usia muda sebegitu adalah jarang berlaku kata jurucakap kerajaan tersebut, Dr. Emmanuel Andre.

Beliau mengakui kematian mangsa termuda Covid-19 mengejutkan negara dan rakyatnya.

Gadis berkenaan mengalami demam selama tiga hari berturut-turut sebelum meninggal dunia dan telah disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut dikongsi kerajaan tersebut mengenai mangsa berkenaan termasuk sama ada dia mempunyai penyakit lain sebelum ini.

Kematian itu sekaligus merekodkan kematian kanak-kanak pertama di negara tersebut akibat Covid-19 daripada keseluruhan 705 kematian di negara itu setakat hari ini.

Sebelum gadis berkenaan, seorang budak berusia 14 tahun, Vitor Godhino meninggal dunia akibat Covid di Porto, Portugal sebelum ini.

Minggu lalu di Paris, seorang gadis remaja berusia 16 tahun dilaporkan telah meninggal dunia akibat virus maut itu.

Mangsa Julie Alliot dari Perancis dilaporkan sebagai mangsa termuda Eropah yang meninggal dunia akibat Covid-19 minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast