Kakitangan Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori menerima sumbangan 30 air mineral Spritzer daripada wakil syarikat, Shermaine di Damansara, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Spritzer Group menyumbang sebanyak 30 kotak air minuman mineral kepada kakitangan Malaysia Gazette yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

Penyerahan sumbangan itu diserahkan oleh wakil Spritzer, Shermaine Wong kepada kakitangan Malaysia Gazette, Zairul Ahsorori.

Sebelum ini, Spritzer turut membekalkan air mineral secara percuma kepada para petugas barisan hadapan negara yang bertungkus-lumus membendung wabak Covid-19.

Spritzer menghantar bekalan air itu ke beberapa buah hospital dan balai-balai polis di seluruh negara, selain Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Sejak Januari lalu, syarikat ini juga telah memberi sumbangan kepada barisan hadapan di China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast