Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan bagi menyiasat pemilikan meragukan sejumlah wang tunai milik seorang bekas menteri.

Dalam satu kenyataan, agensi penguatkuasa undang-undang berkenaan memberitahu, siasatan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009.

Kertas siasatan dibuka berdasarkan laporan media berhubung perkara berkenaan semalam.

Semalam, Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membuat laporan polis terhadap kes kecurian yang berlaku di rumahnya.

Beliau mendakwa kehilangan wang tunai berjumlah RM250,000 yang disimpan di dalam peti besi di dalam bilik beliau.

Mengikut laporan polis yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar itu, kali terakhir beliau melihat wang tersebut adalah pada 13 atau 14 Mac lalu, dan kehilangan disedari pada 29 Mac.

Ujarnya, tiada sebarang kesan umpil pada peti besi berkenaan manakala keadaan rumah serta biliknya juga kemas. – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.