Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KoopTK) menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada hampir 500 orang pelajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).

Ini bagi meringankan beban pelajar yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan barangan keperluan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Menteri (Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri, Arthur Joseph Kurup sambil disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif KoopTK, Puan Suli Koid Chin Lin, Pendaftar UPSI, Dr. Zainab Othman, Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed, Dr. Che Ghani Che Kop dan Dr. Rosliah Kitin .- MalaysiaGazette