Foto DailyMail

LONDON – Bekas bintang Chelsea, Ashley Cole sekali lagi ditimpa malang apabila dia berdepan situasi menakutkan selepas rumahnya dipecah masuk kali kedua sejak 2010.

DailyMail melaporkan, dalam kejadian pada Januari lalu, Cole telah diikat di sebuah kerusi, turut diugut oleh kumpulan perompak itu yang melarikan diri dengan jumlah besar barangan kemas mewah.

Menurut sumber, ia pengalaman yang menakutkan bekas pemain England itu kerana perompak seperti kumpulan profesional yang mahir untuk melakukan segalanya.

“Siasatan masih dijalankan terhadap kes yang berlaku di Fetcham pada 21 Januari lalu dan suspek telah melarikan diri dengan sejumlah barang kemas,” kata sumber.

Cole yang kini bekerja sebagai jurulatih skuad remaja Chelsea mempunyai dua orang anak bersama teman wanitanya, Sharon Canu.

Namun tidak dilaporkan sama ada mereka turut berada di rumah atau tidak ketika kejadian berlaku.

Kejadian rompakan ini bukan kali pertama berlaku ke atas Cole selepas 2010 dia turut dirompak di rumah flatnya di Esthter, Surrey. – MalaysiaGazete