PETUGAS Kelana Medical Center di Kelana Jaya sedang melakukan pengambilan sampel untuk saringan Covid 19 di bahagian pandu lalu di hospital berkenaan hari ini.

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang mempunyai polisi insurans dan takaful serta berkemampuan kini boleh menjalani ujian saringan Covid-19 di mana-mana fasiliti perubatan swasta seluruh negara.

Bagi penduduk di Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya boleh mendapatkan perkhidmatan saringan tersebut di Kelana Jaya Medical Center (KJMC) Sdn. Bhd yang terletak di FAS Business Avenue, Jalan Perbandaran SS7, Kelana Jaya.

“KJMC menawarkan khidmat secara pandu lalu di premis mereka dan juga saringan di rumah. Saringan pandu lalu boleh dilakukan secara temu janji dan juga walk in,” katanya KJMC dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk mendapatkan saringan di rumah boleh hubungi talian 03-7805 2111.

Proses saringan hanya mengambil masa sekitar 10 mint dan keputusan bakal di ketahui dałam tempoh 24 hingga 48 jam.

Bagi menjalani proses saringan di rumahjumlah minima saringan seramai empat peserta, kata kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette