Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berganding bahu dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pusat Regulatori Kesihatan Antarabangsa India untuk mengesan warga Malaysia yang hadir ke perhimpunan tabligh di negara itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai angka tepat bilangan warga Malaysia yang menyertai perhimpunan itu.

“PDRM akan mengesan warga negara Malaysia yang hadir ke perhimpunan tersebut di Delhi,” katanya pada sidang media harian penularan Covid-19 hari ini.

Noor Hisham yang yakin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan PDRM mampu menjejaki jemaah tabligh itu berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perhimpunan di Delhi itu.

Ditanya mengenai kluster peserta jemaah tabligh Masjid Sri Petaling yang telah selesai disaring,

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu, seramai 18,826 kluster jemaah tabligh Masjid Sri Petaling telah disaring dan sebanyak 15,380 sampel telah diambil untuk diuji dalam makmal.

“Bagaimanapun, 1,407 disahkan positif Covid-19, manakala 10,000 adalah negatif sementara 3,173 masih menunggu keputusan makmal manakala lebih 3,400 kes tabligh masih belum disaring ujian Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette