Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media mengenai perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 02 APRIL 2020.

PUTRAJAYA – Masalah kekurangan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) telah ditangani.

Kini Kementerian Kesihatan perlu mengagihkan PPE ke hospital-hospital dan klinik kesihatan yang sangat memerlukannya dalam menguruskan pesakit yang dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pengagihan itu akan dilakukan pada minggu ini untuk melancarkan proses rawatan virus tersebut.

“Jadi isunya adalah pengagihannya dari segi logistik dan akan diselesaikan juga dalam minggu ini,” katanya dalam sidang media harian mengenai Covid-19 hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai maklumat yang diperolehi mendakwa para doktor mengalami masalah kekurangan PPE ketika Covid dijangka memasuki gelombang ketiga nanti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keluhan doktor yang mendakwa mengalami kekurangan PPE ketika Covid-19 dijangka memasuki gelombang ketiga.

Noor Hisham berkata, masih wujud kekurangan topeng muka, dan pelindung muka dan pihaknya cuba dikenalpasti dan ditangani perkara tersebut dengan segera.

“Kita menerima sumbangan lebih 50,000 topeng muka dan PPE selain lebih setengah juta topeng muka telah diimport dari China.

“Maka banyak sumbangan dalam bentuk peralatan kelengkapan perubatan sedang diterima secara berperingkat dari dalam dan luar negara.

“Maka kita akan cuba sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah logistik termasuk penghantarannya ke Sabah dan Sarawak,” katanya. – MalaysiaGazette