Carlos Tevez

LONDON – Binta bola sepak Argentina, Carlos Teves menyeru semua pemain bola sepak untuk menderma gaji masing-masing untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik dalam menghadapi wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia ini.

Menurut Europsort, Tevez berkata, sumbangan itu tidak menjejaskan pemain-pemain terkemuka kerana mereka memiliki kewangan yang kukuh untuk berdepan dengan situasi sukar ketika  ini.

““Kita perlu bersyukur kerana berada dalam keadaans elamat dan perlu meletakkan diri kita untuk membantu orang orang lain. Lagi pun pemain bola sepak boleh bertahan selama enam bulan tanpa menerima gaji.

“Saya berharap pandemik koronavirus ini mampu mengubah sikap manusia dan ketika saat ini amat penting untuk kita semua berganding bahu dan cuba membantu orang yang memerlukannya,” katanya yang kini berada dalam kontrak terakhir bersama Boca Junior.

Tevez yang pernah beraksi untuk kedua-dua kelab Manchester, Corinthians, West Ham dan Juventus berharap seluruh dunia akan bersatu dan sedar bahawa kita semuanya sama.

“Saya harap kita semua akan berganding sebagai sebuah masyarakat dan berharap esok seluruh dunia akan berubah menjadi lebih baik. Virus ini telah mengajar kita jadi begitu,” katanya. – MalaysiaGazette