Sebarang bentuk perniagaan bazar dan gerai Ramadan termasuk perkhidmatan pandu lalu dan tempah dan ambil tidak dibenarkan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akan mengumumkan empat konsep baharu perniagaan di bulan Ramadan dan musim perayaan pada Khamis ini yang  selari dengan nasihat Kementerian Kesihatan (KKM).

Pada hari yang sama beliau juga akan mengumumkan insentif yang menggalakkan perniagaan di Wilayah Persekutuan menggunakan cara baharu itu.

“KKM baru saja mengeluarkan advisory bahawa harus dielakkan sebarang himpunan dan keadaan yang terlalu ramai orang antara enam bulan ke setahun. Bermakna kita perlu atur semua aktiviti penguasa tempatan di Wilayah Persekutuan agar selari dengan panduan tersebut.

“Insyaallah minggu ini kita perkenalkan beberapa konsep baharu,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Sebelum itu, Annuar berkata, meskipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat sebelum bulan Ramadan, bazar menjual makanan tidak boleh dilaksanakan seperti kelazimannya.

Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan termasuk cara pelaksanaan, ujarnya.

Artikel berkaitan: https://malaysiagazette.com/2020/03/31/covid-19-cara-jualan-di-bazar-ramadan-perlu-diubah-annuar/

Semalam, KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru rakyat Malaysia agar tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan dalam tempoh enam hingga ke setahun, sekiranya PKP yang bakal tamat 14 April nanti tidak dilanjutkan lagi.

Antara yang dicadangkan adalah konsep e-bazar Ramadhan bagi mengelakkan perhimpunan orang ramai.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast