Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

PUTRAJAYA – Cadangan menangguhkan sementara bayaran balik pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan dibawa dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebarang keputusan akan diumumkan selepas itu.

“Kita akan bincang dan tunggulah. Kita akan bawa cadangan itu dalam mesyuarat Kabinet akan datang. Kita juga terima banyak lagi cadangan dan tunggu keputusannya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menerima sumbangan penutup muka dan ventilator daripada China Construction Bank (Malaysia) Berhad dan Beibu Gulf Holding Malaysia di kementerianya hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan agar LPPSA Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) turut memberikan penangguhan pembayaran pinjaman selama enam bulan kepada peminjam yang juga penjawat awam bagi meringankan beban mereka ketika penularan Covid-19.

Cadangan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata moratorium itu bertujuan mengurangkan beban rakyat yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

LPPSA wajar tangguhkan bayaran balik pinjaman