KUALA LUMPUR – Siaran TV Pendidikan akan kembali menerusi TV Okey RTM mulai esok selama dua jam sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.

Ia disiarkan selama dua jam mulai 9 pagi hingga 10 pagi dan 1 tengah hari hingga 2 petang.

Kementerian Pendidikan menerusi Facebook memaklumkan siaran itu boleh ditonton menerusi Saluran 110 myFreeview, 146 Astro dan Astro NJOI.

Selain itu menerusi laman sesawang myklik.rtm.gov.my. – MalaysiaGazette