NEW YORK – Penanda aras harga minyak didagangkan lebih rendah sebanyak AS$3 ketika pasaran dibuka untuk sesi dagangan hari ini.

Situasi itu menggambarkan kebimbangan lebihan bekalan di pasaran selepas Arab Saudi dan Rusia menangguhkan mesyuarat yang akan membincangkan mengenai pengurangan bekalan.

Brent didagangkan lebih rendah sebanyak AS$2.39 setong selepas mencecah paras terendah kepada AS$30.03 setong.

Minyak mentah Amerika Syarikat pula susut AS$2.41 kepada AS$25.93 setong.

Minggu lalu, harga minyak melonjak ke paras peratusan keuntungan terbesar mingguan susulan harapan OPEC dan sekutu-sekutunya akan melaksanakan perjanjian pengurangan bekalan di seluruh dunia.

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mengurangkan permintaan, disusuli pula dengan perang harga antara Arab Saudi dan Rusia memburukkan lagi keadaan. – MalaysiaGazette