Aleksander Ceferin

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) memberi bayangan kempen Liga-Juara-Juara Eropah dan Liga Europa yang digantung sementara berkemungkinan dibatalkan pada musim ini jika penularan wabak Covid-19 tidak dapat disekat pada September ini.

Presiden UEFA, Alexander Ceferin berkata, beraksi secara tertutup merupakan satu-satunya pilihan yang ada berbanding membatalkan terus baki perlawanan musim ini.

“Kita tidak boleh beraksi (Liga Juara-juara dan Liga Europa) pada September dan Oktober,’ katanya.

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan kejohanan itu dibatalkan, Ceferin berkata, ia boleh berlaku jika pihak berkuasa melarang meneruskan perlawanan tertangguh.

“Kita tidak dapat memastikan fakta yang boleh menjamin pengakhiran Covid-19 dan setiap hari kami menunggu perkembangan terbaharu pandemik itu khususnya di Eropah.

“Masih ada ruang untuk beraksi secara tertutup di stadium dan menyiarkan dalam televisyen seperti dikehendaki orang ramai kerana ia akan memberi semangat kepada setiap orang yang berkurung di rumah,” ujarnya. – MalaysiaGazette