Lembaga Zakat Selangor
Lembaga Zakat Selangor (LZS)

KUALA LUMPUR – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan bantuan berjumlah RM15 juta kepada golongan yang terkesan akibat jangkitan wabak Covid-19 di seluruh negara.

Menerusi laman Facebook, badan pemegang amanah itu memaklumkan, peruntukan zakat yang disalurkan itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM119.36 juta yang dikutip bersama agensi agama negeri lain sehingga Mac lalu.

“Terima kasih kepada pengeluar zakat. Moga Allah mengangkat wabak Covid-19 dari muka bumi ini,” kata LZS menerusi laman sosial berkenaan.

Rabu lalu, LZS mengumumkan pelaksanaan bantuan khas Covid-19 membabitkan seramai 29,000 penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM14 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast