NEW YORK – Seekor harimau Malaya betina berusia empat tahun di Zoo Bronx disahkan positif koronavirus.

Zoo yang terletak di sini berkata, keputusan ujian saringan itu disahkan oleh Makmal Veterinar Kebangsaan di Iowa.

Harimau berkenaan, Nadia dan ‘kakaknya’ Azul dan dua lagi harimau serta tiga ekor singa didapati mengalami simptom batuk.

Kesemua haiwan itu sudah pulih sepenuhnya.

Haiwan-haiwan berkenaan dipercayai dijangkiti menerusi penjaganya.

‘Haiwan-haiwan ini didapati tidak berselera makan tetapi kini semuanya sudah baik di bawah penjaga haiwan dan mereka diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, dan interaktif dengan penjaga mereka,” kata zoo berkenaan melalui kenyataan di sini.

Setakat ini, zoo tersebut tidak tahu bagaimana virus berkenaan berjangkit dengan haiwan-haiwan lain memandangkan spesis itu memberi tindakan balas berbeza kepada jangkitan.

Tetapi keadaan haiwan-haiwan berkenaan dipantau secara terperinci. – MalaysiaGazette