Anggota Angkatan Tentera Malaysia mengawal keadaan jalan keluar dan masuk berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza City One, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 06 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Pasukan Respon Pantas mengeluarkan tiga lagi senarai pemakluman berita palsu yang tular di media sosial setakat jam 9 pagi ini.

Antaranya ialah kerajaan Negeri Perlis menafikan pernah mengeluarkan jadual perubahan waktu operasi premis perniagaan atau perkhidmatan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPK) Fasa 2 di peringkat pentadbiran Kerajaan Negeri Perlis bermula 5 April hingga 14 April 2020.

Selain itu, Bank Simpanan Nasional (BSN) pula menafikan gambar-gambar yang memaparkan keadaan di cawangan-cawangan BSN yang tidak menjaga penjarakan sosial dalam kalangan pelanggannya.

Sementara itu, Lembaga Pembantu Perubatan KKM turut menafikan pernah mengeluarkan iklan pengambilan Pembantu Perubatan secara kontrak. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Iblis memang suka create cite palsu… Lebih teruk klu ada sibodoh2 yg percaya dn viralkn…

Comments are closed.