Gelagat para petugas Kementerian Kesihatan semasa berjalan keluar meredah hujan selepas selesai membuat pemeriksaan serta ujian saringan COVID-19 setiap penghuni Flat Selangor Mansion semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada Perintah Kawalan Pergerakan masuk hari ke- 20 berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid India, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 06 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion di Jalan Masjid India diisytihar sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian Covid-19 di sini.

Penguatkuasaan PKPD di kedua-dua bangunan itu berikutan 15 kes jangkitan Covid-19 di kedua-dua bangunan itu yang melibatkan penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan.

“Semua penghuni diminta berkerjasama dan mematuhi perintah pihak berkuasa,” katanya.

Setiap penghuni di Bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion diwajibkan menjalani saringan kesihatan, katanya.

Menurut Ismail Sabri, sehingga kini empat kawasan dilaksanakan PKPD selepas Simpang Renggam di Johor, Sungai Lui di Selangor, Menara City One di Kuala Lumpur dan terbaharu bangunan Selangor Mansion dan Selangor Malayan Mansion.

“Saya harap penghuni yang kawasan mereka lockdown mematuhi setiap arahan pihak berkuasa, dan saya juga minta orang ramai tidak mengunjungi kawasan PKPD ini,” katanya.- MalaysiaGazette

 

1 Komen

  1. Virus yang bermula dari sebuah negara yang telah merobohkan berpuluh2 buah masjid kini telah melumpuhkan seluruh umat manusia hampir satu dunia!!!!

    Apo nak dikato?

Comments are closed.