TERKINI : Perjuangan KITA BELUM Selesai – Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan mesyuarat sebentar lagi bagi membincangkan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin hasil mesyuarat itu pagi esok.

Tambah beliau, pihaknya akan meneliti terlebih dahulu pelbagai aspek perkembangan kes wabak Covid-19 sebelum membuat keputusan.