Jenazah Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di The Mines Residence, Seri Kembangan, kira-kira 11.13 pagi tadi.
Ambulans yang dipercayai membawa jenazah isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu tiba selepas beredar dari Institut Jantung Negara (IJN).
Kenderaan berkenaan diiringi beberapa kenderaan polis ketika memasuki kawasan kediaman keluarga.














