KUALA LUMPUR – Daerah Hulu Selangor menjadi kawasan terbaharu yang dikategorikan sebagai zon merah selepas daerah Kuantan.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dengan penambahan itu, kawasan zon merah bertambah menjadi 25 kawasan setakat pukul 12 tengah hari, semalam.

Hulu Selangor adalah kawasan keenam dikategorikan sebagai zon merah dengan 43 kes.

Hulu Langat mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi di Selangor dengan 366 kes, Petaling Jaya 313 kes, Klang 152, Gombak 121, dan Sepang dengan 59 kes.

Jumlah kes tertinggi kini dicatatkan di Lembah Pantai dengan 424 kes.

Kawasan zon merah lain adalah Kuching 198 kes, Kluang 175, Seremban 188, Johor Bahru 159, Kepong 110, Titiwangsa 101 kes, Kinta 97, Kota Bharu 85, Tawau 67, Hilir Perak 66, Cheras 64, Jerantut 63, Jasin 54, Rembau 51, Kuantan 50, Batu Pahat 50, Putrajaya 47 dan Kota Samarahan 45 kes. -MalaysiaGazette