Penduduk kelihatan meninjau keadaan luar Selangor Mansion dan Malayan Mansion susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada hari ke- 23 berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid India, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 09 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Tular hari ini laporan berita mendakwa anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkawal di luar bangunan Selangor Mansion memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing dari tingkat atas bangunan itu.

Dua blok di bangunan iaitu Selangor Mansion dan Malayan Mansion telah diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak tiga hari lalu berikutan kes positif wabak Covid-19.

Hampir sebahagian besar penghuni bangunan tersebut adalah pekerja asing yang bekerja di premis perniagaan berhampiran terutama di Jalan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman.

Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramiah memohon kepada pihak berkuasa agar jangan diberi muka kepada segelintir kumpulan itu.

“Benar, kita ada lihat beberapa laporan berita pagi tadi tentang sikap rata-rata penduduk khasnya di Selangor Mansion ini yang didakwa sengaja kencing dan buang plastik kencing ke arah anggota kita.

“Walaupun sejurus selepas itu, Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang ada buat penafian anggotanya memakai topi keledar bagi mengelak air kencing atau najis, tetapi ini bukan satu-satunya isu.

“Ingat lagi bagaimana warga asing di pasar-pasar borong? Juga keadaan di pasar borong Selayang khasnya warganegara Mynmar yang masih lagi ‘degil’ serta kebal walaupun arahan PKP telah dikeluarkan?” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut beliau, apa yang menyedihkan ialah apabila rakyat duduk di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), segelintir pekerja asing masih berdegil dengan keluar daripada kediaman mereka.

“Mereka semua ini datang ke negara ini untuk mencari perlindungan, suaka mahupun cari rezeki.

“Ketika wabak Covid-19 ini sedang melanda dunia, kita juga rasa tempias malah berhempas pulas tanganinya, jadi tidak enak seandainya kita dengar perkara-perkara seperti ini. Warga asing ini juga perlu patuh.

“Saya mohon kepada pihak berkuasa tolong jangan beri muka kepada segelintir kumpulan degil ini, jangan biar mereka buli mahupun ‘lagak bagus’. Walaupun tidak semua, ada juga patuh dan baik, tetapi hakikatnya kita masih ada isu-isu berkaitan warga asing ini,” ujarnya.

Akhbar Sinar Harian melaporkan ada warga asing yang terlibat jalani PKPD di tiga lokasi kediaman di sini membantah dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan.

Mereka bukan sekadar membaling sampah tetapi juga melemparkan bungkusan plastik berisi air kencing.

Laporan itu mendakwa petugas yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette

Tentera pakai helmet di kawasan PKPD bukan elak air kencing warga asing

2 Komen

  1. Kpd pihak penguatkuasa tolong jangan berlembut sangat dgn warga asing ini, bertindak tegas lah kpd mereka ini. Tengok lah bagaimana penguatkuasa negara2 jiran melayan mereka ini. Jangan sampai mereka naik lemak. Penguatkuasa negara kita di perlekeh. Bertindak tegas lah kpd mereka ini.

  2. Setuju, sila ambil tindakan tegas…. Terhadap warga asing yang Biadap dengan peraturan tempatan…. #polis#tentera#rela#semuapetugas#terimakasih#

Comments are closed.