Datuk Abdullah Ya'kub

KOTA BHARU – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan akan berlangsung selama sehari pada 13 April ini (Isnin).

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya’kub, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan perkara itu.

Persidangan DUN Kelantan sepatutnya berlangsung pada 23 hingga 26 Mac lalu namun ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Penangguhan sebelum ini ekoran PKP dan persidangan pada Isnin ini untuk membincangkan apa-apa (pelbagai) agenda,” katanya ringkas.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast