KUALA LUMPUR – Kedai gunting rambut mempunyai risiko sebagai pusat jangkitan jika tiada kawalan ketat dilaksanakan.

Facebook Public Health Malaysia berkata, faktor risiko di kedai gunting rambut agak tinggi kerana jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut, tempoh masa yang lama kira-kira 15 minit dan ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad
.
Untuk mencegah perebakan, langkah berikut perlu dilakukan dengan tegas dengan pemantauan rapat oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, ia mencadangkan langkah-langkah seperti berikut:

1. Tukang Gunting

– Pastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam, batuk selsema
– Menggunakan topeng muka
– Membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan
– Menjaga kebersihan dan sanitasi premis
– Dilarang vape dan merokok

2. Premis

– Perlu lakukan pembersihan harian / disinfeksi harian
– Mempunyai ruang pengudaraan yang baik
– Jaga jarak sosial- 1 meter
– Kawal kemasukan pelanggan
– Ruang menunggu di luar dengan jarak sosial > 1 meter antara 1 sama lain
– Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan
– Larangan vape dan rokok

3. Pelanggan
– Perlu disaring, pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk
– Menggunakan penutup muka (terutama jika bergejala)
– Membasuh tangan sebelum masuk dan duduk
– Menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit
– Dilarang merokok dan vape

Tambahnya, seluruh masyarakat dan premis perlu beri kerjasama penuh dan perlu mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baru yang mengutamakan langkah langkah pencegahan seperti ini dalam semua aktiviti harian. – MalaysiaGazette