Logo FGV

KUALA LUMPUR – FGV Holdings Berhad (FGV) merakam ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah kerana membenarkan rantaian bekalan minyak sawit di Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Semporna, Kunak dan Kalabakan meneruskan operasinya.

Syarikat perladangan itu berkata, kelonggaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sabah memberikan kelegaan kepada industri minyak sawit dan rantaian perniagaan berkaitan termasuk komuniti di Felda Sahabat dan Felda Umas.

”FGV tetap komited untuk mematuhi semua prosedur dan panduan operasi standard di semua estet dan kilang serta terus bekerja rapat dengan semua pihak berkepentingan, terutamanya Jabatan Kesihatan untuk memastikan risiko kepada keselamatan dan kesihatan semua pekerja diminimumkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast