🎥 EKSKLUSIF OWH! MG | ABANG Super Ring “Penjual Tempe ke Youtuber”

SETIAP pagi Didi Sulaiman akan menaiki motorsikal kapcai dari rumahnya di Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor ke pasar-pasar untuk menjual tempe. Sepanjang perjalanan ke sana, lelaki berusia 40 tahun itu sering terbayang pelbagai cerita dan sketsa di dalam kepalanya.

Sebaik sahaja selesai tugas menghantar tempe, dia akan segera pulang ke rumah dan terus masuk ke salah sebuah bilik kecil di dalamnya.

Dia kemudian akan mencatat kembali idea tersebut sebelum merangka jalan ceritanya pula. Bilik tersebut ibarat mini studio di mana Didi akan menghasilkan pelbagai video pendek menggunakan telefon bimbit sebelum dimuat naik ke Youtube.

Itulah antara rutin hariannya sejak 2009.