Akhyar Rashid mengumumkan potongan harga ke atas koleksi kurtanya.

KUALA LUMPUR – Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid nampaknya tidak duduk diam di luar padang selepas tidak dibenarkan berlatih gara-gara penularan virus Covid-19.

Pemain berusia 20 tahun itu bijak memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berniaga dalam talian yang ternyata mendatangkan rezeki untuknya.

Bekas pemain Kedah itu kini menceburi bisnes pelbagai koleksi pakaian dengan logo sendiri antaranya baju T, ‘hoodie’ dan kurta yang mendapat sambutan hangat daripada peminatnya.

Lebih menarik, dia turut menjadi model menggayakan kurtanya itu.

Terbaharu, pemain kebangsaan itu turut menawarkan potongan harga bagi koleksi kurtanya di laman Instagramnya.

“Sempena PKP dilanjutkan, BOSS19 akan bagi discount (diskaun) bermula 10 April April hingga 17 April. Harga asal RM150. Harga setelah diskaun RM130.

“Koleksi tahun ni (ini) kita bagi 6 pilihan warna untuk korang, bersertakan kod nombor bagi setiap warna untuk memudahkan urusan pembelian.

“Kurta Akhyar Rashid adalah ‘pre order’ dan stok terhad,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast