Petugas KKM melihat sampel pemeriksaan orang awam yang membuat saringan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 08 APRIL 2020.

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini menafikan dua lagi berita palsu yang ditularkan di media sosial sejak semalam ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pasukan Respon Pantas KKMM, dua laporan palsu itu melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Antaranya MITI menafikan pernah menjalankan pengumpulan maklumat daripada syarikat-syarikat mengenai Operasi Prosedur Standard (SOP) kesihatan sebelum dibenarkan beroperasi semasa tempoh PKP.

“Ia tujuan membenarkan sesetengah industri meneruskan operasi semasa tempoh PKP,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, KKM pula menafikan dakwaan pihaknya melarang orang ramai mengunjungi Pasar Seksyen 6, Shah Alam susulan kes jangkitan wabak Covid-19 di kawasan terbabit.

“KKM menafikan dakwaan bahawa para doktor dari Hospital Shah Alam (HSA) melarang orang ramai mengunjungi Pasar Seksyen 6, Shah Alam.

“Ia berikutan lebih daripada tiga kes positif Covid-19 dilaporkan di kawasan pasar berkenaan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.